Friday, February 5, 2010

Sukan PETANDA 09/10

tiba lah masa yang ditunggu2 oleh team Gombak Lions..
Sukan PETANDA 09/10 yang diadakan di Daerah Kuala Selangor.. tujuan GOMBAK LIONS cuma satu... mengekalkan kejuaraan... dan.. terbukti GOMBAK LIONS memang hebat.. merangkul kejuaraan buat 3 kali berturut2.. SYABAS GOMBAK LIONS!!!!
Pihak Pengurusan Gombak Lions amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain2..

Gombak Lions telah diletakkan di Kumpulan A selaku juara bertahan.. bersama kumpulan A adalah Daerah Hulu Selangor dan Kuala Langat...

Pada perlawanan pertama yang diadakan pada 29 Januari (Jumaat) jam 5.00 petang, GOMBAK LIONS bertemu Daerah Hulu Selangor. Keputusan Perlawanan menang 2-0.. Gol GOMBAK LIONS telah dijaringkan oleh Saudara Hezri dan Saudara Fizi...

Perlawanan kedua pula yg diadakan pada 30 Januari (Sabtu) jam 5.00 petang, GOMBAK LIONS bertemu Daerah Kuala Langat. Pada separuh masa pertama GombakLions telah mendahului 1-0 hasil jaringan Saudara Syahrulnizam. walaubagaimanapun Daerah Kuala Langat telah menjaringkan dua gol pada awal permainan separuh masa kedua. dengan semangat para pemain dan sorakan penyokong, akhirnya Saudara Nazar telah menyamakan kedudukan pada 10 minit terakhir perlawanan.. dan dengan keputusan seri, GOMBAK LIONS layak ke Separuh Akhir bertemu Johan Kump C iaitu Daerah Petaling...

Separuh Akhir bertemu Daerah Petaling pada 31 Januari jam 8.30 pagi... GOMBAK LIONS nampaknya agak selesa mendahului 3 - 1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Kapten Shahrulnizam, saudara syahrulnizam dan Saudara Azizi... pada separuh masa kedua, Daerah Petaling bangkit menyamakan kedudukan hingga tamat perlawanan.. perlawanan diteruskan dengan masa tambahan.. Daerah Petaling mendahului pada awal masa tambahan setelah pengadil menghadiahkan sepakan penalti setelah pemainnya dikasari di dalam kotak penalti... Gombak Lions bangkit semula setelah ketinggalan dan akhirnya, saudara Syahrulnizam menjadi wira apabila berjaya meloloskan diri dari perangkap offside untuk menyamakan kedudukan 4-4.. tamat masa tambahan, pemenang ditentukan oleh sepakan penalti.. dengan kecemerlangan penjaga gol Gombak Lions iaitu saudara Suhaimi, akhirnya Gombak Lions ke FINAL!!! Syabas GOMBAK LIONS..

FINAL pada hari yg sama jam 5.00 petang di Stadium Utama Kuala Selangor... Gombak Lions menentang daerah Sabak Bernam... keputusan perlawanan 1-0 hasil jaringan Shahfuwan Hafizi pada minit terakhir separuh masa pertama... keputusan kekal hingga tamat perlawanan dan akhirnya....

GOMBAK LIONS JUARA BOLASEPAK SUKAN PETANDA UNTUK TIGA KALI BERTURUT - TURUT... GO GO GOMBAK LIONS!!!!!


Wednesday, January 20, 2010

Perlawanan Persahabatan Menentang TNB Kilat


Tarikh : 14hb Januari 2010
Masa : 5.30 petang
Tempat : Padang TNB Kilat, Bangsar

Keputusan Perlawanan Menang

GOMBAK LIONS 1
TNB KILAT 0


Tuesday, January 19, 2010

Strategi Baru..

Hasil dari perlawanan menentang Hospital Selayang yang tidak membanggakan.. Mr. Rosdin telah merangka strategi baru untuk memantapkan lagi Gombak Lions..

SYABAS Mr. Rosdin dan Gombak Lions... GO GO GOMBAK LIONS!!!

Perlawanan Persahabatan menentang Hospital Selayang

Tarikh : 13 Januari 2010
Tempat : Padang Institut Kraftangan Negara, Templer Park

Keputusan Perlawanan Tewas
Hospital Selayang 3
Gombak Lions 2