Thursday, December 17, 2009

Al- Fatihah..

Salams Semua...
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abu Bakar, bapa kepada salah seorang pemain GombakLions, Saudara Mohd Hanif yang telah kembali ke pangkuanNya pada 16hb Disember 2009...
AL-FATIHAH...

SELAMAT PENGANTIN BARU..

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Kapten GombakLions, Saudara Shahrulnizam a.k.a Panjang dan juga kepada Saudara Suhadak yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati masing - masing..

"Selamat Pengantin Baru dan TAHNIAH!!. Harap dpt mengekalkan prestasi yang cemerlang bersama GOMBAKLIONS walaupun telah berkahwin.." - Mr. Izenan

"Jangan buat alasan tidak dapat hadir ke latihan kerana sudah berkahwin terutamanya pada hari Khamis!!! Selamat Pengantin Baru.." - Mr. Rosdin



Kami dari pihak pengurusan dan para pemain GOMBAKLIONS mendoakan kebahagiaan kalian berdua... TAHNIAH BRO!!!

Tahniah Kepada Saudara Fizi.

Pihak Pengurusan dan semua pemain GombakLions mengucapkan tahniah kepada saudara Fizi kerana baru menerima cahaya mata perempuan pada 2hb Disember 2009. TAHNIAH!! Semoga dimurahkan rezeki bersama keluarga tercinta.

Wednesday, December 2, 2009

APA DAH JADI!!!????

Salam Semua...
Pihak Pengurusan amat DUKACITA dengan sikap kurang disiplin yang ditunjukkan oleh pemain GombakLions yang gagal hadir ke sesi latihan fizikal pada 2 hari berturut-turut. berbagai alasan yang tidak munasabah diberikan... APA DAH JADI!!?? apa lagi yang kurang wahai semua pemain..? adakah kamu semua inginkan elaun seperti pemain profesional..? memang pihak pengurusan tidak mampu menyediakan elaun latihan tetapi kamu semua harus sedar bahawa pihak pengurusan telah bersusah payah mencari sumber untuk kemudahan dan peralatan yg lain..

Ayuh Semua!!! Tingkatkan Disiplin Anda..
"TIDAK BERGUNA JIKA ADA PASUKAN YANG HEBAT SEDANGKAN HAKIKATNYA PARA PEMAIN TIDAK MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN SEBAGAI SATU PASUKAN"

Harap Maafkan Pihak Pengurusan jika selama ini masih ada yang kurang mengikut kehendak para pemain GombakLions...
KAMI TELAH CUBA YANG TERBAIK...

ihklas dari :
MANAGER,
GOMBAK LIONS

Tuesday, November 24, 2009

Perlawanan Persahabatan menentang Pejabat Daerah Sepang

Tarikh : 17hb November 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Sepang

sessi memanaskan badan sebelum perlawanan





Mr.Saadon Shah, Pegawai Teknikal selaku wakil Manager GombakLions yg tidak dpt hadir pada malam itu...


sessi taklimat dari Jurulatih, Mr. Rosdin...


GombakLions bersama Pegawai Bertugas...


Keputusan Perlawanan
GombakLions - 3
P.D. Sepang - 0


gol GombakLions dijaringkan oleh

Mr Ryan Nazar


Kapten GombakLions, Saudara Shahrulnizam


dan Otai GombakLions, Saudara Kamarul Nizam


Pemain Terbaik Pilihan Mr Rosdin pada malam itu,

Mohd Fattah


Mohd Azizi


dan Syukor Rumero...


TAHNIAH diucapkan kepada semua Pegawai dan Pemain Gombak Lions.. Diharap dapat mengekalkan kecemerlangan ini demi mempertahankan Gelaran JUARA pada tahun ini...
GO GO GOMBAK LIONS!!!!

Thursday, November 5, 2009

Berehat Seketika...

Oleh kerana jadual yang terlalu padat pada minggu lepas, Jurulatih Gombak Lions, Encik Rosdin telah memberi rehat kepada para pemain pada minggu ini iaitu latihan hanya Isnin hingga Rabu sahaja dan tiada sebarang perlawanan persahabatan diadakan pada minggu ini..

GO GO GO GOMBAK LIONS!!!

Monday, November 2, 2009

Perlawanan Persahabatan menentang Arsenal Fan Club

Tarikh : 31hb Oktober 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Kata - kata pembakar semangat sebelum perlawanan dari Jurulatih, Mr. Rosdin Hashim...


GOMBAK LIONS bersama pihak pengurusan...


Team Arsenal Fan Club dah bersedia untuk mengganas!!!!

Memasuki 2nd Half.. perlawanan terikat 1-1.. Mr. Rosdin bagi kata-kata pembakar semangat lagi untuk memberikan tahap keyakinan kepada GOMBAK LIONS...
Keputusan Perlawanan...
GOMBAK LIONS - 4
Arsenal Fan Club - 1
Gol - gol GOMBAK LIONS telah dijaringkan oleh :
M. Nazar
Hezri (2 gol)
dan Shahrulnizam (Jijan)
TAHNIAH GOMBAK LIONS!!!!
GO GO GO GOMBAK LIONS!!!

Perlawanan Persahabatan menentang Linatex

Tarikh : 28hb Oktober 2009
Masa : 5.30 petang
Tempat : Padang Linatex, Batu Caves

Keputusan : Menang 5 - 2
Gol - gol GOMBAK LIONS dijaringkan oleh :
Shahrulnizam (Jijan),
Shukor Rumero,
Mr. Fizi dan Ryan Nazar (2 Gol)

Perlawanan Persahabatan menentang Perodua FC

Tarikh : 24hb Oktober 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Selayang


Keputusan : seri 2- 2
Gol Pasukan GOMBAK LIONS :
Gol Pertama oleh Saudara Shamsul (Gerrard)
dan Gol Kedua oleh Saudara Hezri (Crouch)
Pemain Cemerlang Pilihan Jurulatih...

Saudara Azizi, Suhadak dan Zaini... TAHNIAH!!! harap dapat mengekalkan prestasi anda...

Sesi Latihan

Sesi Latihan Pasukan GOMBAK LIONS diadakan di Padang Sekolah SK Bandar Baru Selayang setiap Isnin hingga Khamis dari jam 5.30 hingga 7.00 petang. latihan akan diadakan sehingga tarikh perlawanan Sukan PETANDA 2009 yang diadakan di Daerah Kuala Selangor yang akan diberitahu kelak.







Dari Kiri : Encik Saadon Shah (Pegawai Teknikal), Encik Izenan (Pengurus GOMBAK LIONS) dan Encik Mohd Faizal (Pem. Pegawai Teknikal)




Jurulatih GOMBAK LIONS, Encik Rosdin Hashim yang telah membawa kejayaan pasukan ini untuk menjadi juara pada tahun 2005 dan 2007.

"Harapan saya pada tahun 2009 ini supaya para pemain dapat mendisiplinkan diri hadir pada sesi latihan untuk mencapai kejuaraan bagi tiga tahun berturut-turut" - Rosdin


Kapten GOMBAK LIONS, Saudara Mohd Shahrulnizam a.k.a Panjang...
Pembantu Khas GOMBAK LIONS, Saudara Zafuan yg lebih senang dipanggil 'BAJAU' oleh rakan- rakan...

GOMBAK LIONS

GOMBAK LIONS ditubuhkan bagi tujuan untuk menyertai Sukan Antara Pejabat Tanah dan Daerah (PETANDA) Negeri Selangor pada tahun 2009. Pasukan ini yg sebelum ini diberi nama PETANDA GOMBAK akhirnya diberi gelaran GOMBAK LIONS oleh Pengurus Pasukan pada tahun ini, Encik Izenan yg mendapat ilham apabila melihat Jurulatih Gombak Lions, Encik Rosdin memakai baju yg mempunyai gambar kepala singa yg membentuk seolah-olah huruf 'G'. Pasukan ini telah membuat latihan pada awal Januari 2009 sehingga kini untuk persiapan awal mengekalkan gelaran juara dua tahun berturut-turut yg dipegang pada temasya Sukan PETANDA pada tahun 2005 dan 2007. Diharapkan agar Pasukan GOMBAK LIONS dapat menjadi Juara lagi pada tahun 2009. GO GO GOMBAK LIONS!!!