Thursday, December 17, 2009

Al- Fatihah..

Salams Semua...
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abu Bakar, bapa kepada salah seorang pemain GombakLions, Saudara Mohd Hanif yang telah kembali ke pangkuanNya pada 16hb Disember 2009...
AL-FATIHAH...

SELAMAT PENGANTIN BARU..

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Kapten GombakLions, Saudara Shahrulnizam a.k.a Panjang dan juga kepada Saudara Suhadak yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati masing - masing..

"Selamat Pengantin Baru dan TAHNIAH!!. Harap dpt mengekalkan prestasi yang cemerlang bersama GOMBAKLIONS walaupun telah berkahwin.." - Mr. Izenan

"Jangan buat alasan tidak dapat hadir ke latihan kerana sudah berkahwin terutamanya pada hari Khamis!!! Selamat Pengantin Baru.." - Mr. Rosdin



Kami dari pihak pengurusan dan para pemain GOMBAKLIONS mendoakan kebahagiaan kalian berdua... TAHNIAH BRO!!!

Tahniah Kepada Saudara Fizi.

Pihak Pengurusan dan semua pemain GombakLions mengucapkan tahniah kepada saudara Fizi kerana baru menerima cahaya mata perempuan pada 2hb Disember 2009. TAHNIAH!! Semoga dimurahkan rezeki bersama keluarga tercinta.

Wednesday, December 2, 2009

APA DAH JADI!!!????

Salam Semua...
Pihak Pengurusan amat DUKACITA dengan sikap kurang disiplin yang ditunjukkan oleh pemain GombakLions yang gagal hadir ke sesi latihan fizikal pada 2 hari berturut-turut. berbagai alasan yang tidak munasabah diberikan... APA DAH JADI!!?? apa lagi yang kurang wahai semua pemain..? adakah kamu semua inginkan elaun seperti pemain profesional..? memang pihak pengurusan tidak mampu menyediakan elaun latihan tetapi kamu semua harus sedar bahawa pihak pengurusan telah bersusah payah mencari sumber untuk kemudahan dan peralatan yg lain..

Ayuh Semua!!! Tingkatkan Disiplin Anda..
"TIDAK BERGUNA JIKA ADA PASUKAN YANG HEBAT SEDANGKAN HAKIKATNYA PARA PEMAIN TIDAK MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN SEBAGAI SATU PASUKAN"

Harap Maafkan Pihak Pengurusan jika selama ini masih ada yang kurang mengikut kehendak para pemain GombakLions...
KAMI TELAH CUBA YANG TERBAIK...

ihklas dari :
MANAGER,
GOMBAK LIONS